berjalan,melihat dan mentafsir

Tuesday, November 28, 2006
berjalan, melihat dan cuba mentafsir lagi
Dungu

Kadang kala kita ni dungu. Bila cinta datang mengetuk, tidak pernah kita nak buka hati ini seikhlasnya. Tidak pernah kita nak menghargai cinta yang si dia berikan. Malah kita hujani dirinya dengan pelbagai ujian. Entah apa yang kita cari dengan titipan ujian itu?sedangkan cinta yang dilimpahkannya sepenuh hatinya. Entahlah kadang-kadang kita tak tahu apa yang kita lakukan. Bimbang juga takut nanti cinta yang suatu masanya itu terukir hanya untuk kita kini terhakis lantas berpaling.

Cinta dan rindu ini benar-benar menyakitkan. Rasa ingin mencari satu daerah yang tiada istilah cinta. Tapi mana mungkin. Kita mana bisa hidup keseorangan. Hidup ini perlukan teman. Itu fitrah. Fitrah yang kalau kita membantahnya kita yang sengsara. Tapi sukar untuk mencari teman itu. Ya begitu sukar sehingga kadang kala kita sendiri tidak sedar apa yang kita lakukan.

Maka sekali lagi kita perlu bersandar padaNya. Setiap kesulitan itu disisipkan kemudahan. Cari jalan penyelesaiannya walau bercakap itu lebih mudah dari melakukannya. Moga jalan dan tindakan ini sentiasa terpandu. Moga akal dan hati ini bertindak sewaras-warasnya berlandaskan iman. Moga cinta sesama insan tidak mengaburi mata kita. Cinta TUHAN yang teratas. Cinta TUHAN yang teragung.

Ada apa dengan cinta insan ini? Entahlah, entah bagaimana untuk mentafsirkannya. Aku harus berjalan,melihat lagi, melihat dan mentafsir dengan ketelusan bukan penuh kenafsuan.
posted by Nay @ 8:26 AM   0 comments

Thursday, November 23, 2006
Berputar...
Pening..

Hari ini rasa nak termuntah ngadap komputer. Pening rasanya. Nak isi borang jawatan kosang kat UPSI. Dulu dah isi tapi masa nak cetak ink printer pulak tak der. Bila dah ada lupa lak salin kat mana no pendaftaran itu . Bila isi balik dia kata anda telah memohon. Ya Allah nak muntah rasanya . Alamat tahun seterusnya tidak kerjalah hamba lagi. Huhuhu. Marahlah emak. Dalam hal mencari kejo ini saya tidak pernah nak salahkan orang lain. Totally memang salah saya. Saya ini memang tak pandai nak cari peluang dan juga ruang. Dan apa yang paling saya takut sekali ialah interview.

Entahlah kenapa saya gerun setiap kali melangkah untuk ke interview. Saya mengajar di Henry Gurney Perempuan itu kalau kalian nak tahu tanpa interview. Heheh saya jumpa Puan Sepiah, dia tanya saya sedikit sebanyak. Kami bincang dan akhirnya saya setuju. Hanya macam itu sahaja. Dan saya pun start mengajar sebagai guru tambahan di sana tahun 2005 dan 2006 ini.

Saya mengajar di dua pusat tuisyen di Batu Gajah ini pun tanpa interview. Hanya dia tanya saya setuju ke tak? Saya kata saya setuju lalu saya terus mengajar. Senang bukan? Saya suka kerja yang tidak involve orang ramai. Saya suka kerja di lab, saya suka kerja yang membuat saya tidak perlu banyak sangat bersosial. Bukan saya anti-sosial mungkin sebab saya ini pemalu. Ha ha ha.

Tapi kalau dengan students saya tak malu.Sayalah yang paling banyak cakap dan bertanya( untuk pastikan dia org faham apa yang saya ajar). Saya akan mengajar apa yang saya tahu. Kalau saya tak tahu saya akan cakap, yang ini cikgu tak tahu. Nanti cikgu check balik semula. Mudahkan? Lagi pun saya hanya ajar sains, math, bio , kimia dan juga sejarah. Fizik dan add math saya ngaku kalah. Hehehe

Oh ya saya dah dapat baucer pembayaran cerpen dan puisi saya yang keluar di DAF bulan Oktober dan November lalu. Alhamdulillah. Bila dapat baucer ini saya terkenang zaman jahiliah saya. Cerpen pertama saya yang kelaur dia DAF Dis 05. Saya suka sangat-sangat. Tiba-tiba tak lama kemudian saya terima baucer pembayaran untuk cerpen itu. Saya hairan sebabnya saya hantar sekadar untuk suka-suka. Sekali keluar dan dapat bayaran. Heheheh. Saya hantar email sekali lagi pada editornya untuk mengucapkan syukran.

Oh ya jangan lupa, cerpen cinta terbaru saya di BLUES SELAMANYA 110. Diari Cinta Tini. Beli jangan tak beli tau. Selain DAF saya juga sangat suka baca Majalah Blues Selamanya. Sokonglah saya yer!!! InsanYalin @ Yalin .

Yang suka sangat menulis dan menjadi putri katak di kala hujan menangis di dada langit.
Sayalah Lina anak pak Akob. Mak uda kepada Si Comel Haziq. Wasalam.

P/s: Saya nampak kerja kosong di DBP di rumah Saudari Embun. Tapi semuanya tak ada kena mengena dengan saya. Hehehe. Saya ingat nak jadi pemandu kenderaanlah.
posted by Nay @ 11:22 PM   0 comments

Thursday, November 16, 2006
Keindahan dan Keasyikkan
Islam itu Ad-din. Ia adalah cara hidup atau tatacara kehidupan. Dari segi bahasanya bermakna selamat. Tujuan Islam diturunkan ialah menjaga maruah, keturunan, harta, agama dan akhlak. Alangkah ruginya andai kita mengaku Islam tanpa menghayati makna Islam itu sendiri.

Dan Islam itu berdiri atas paksi keimanan yakni kepercayaan. Terdapat rukun Islam dan Iman yang perlu kau perhalusi. Tanpa iman mana bisa kita dapat mengabdi pada DIA yang satu. Ayuh kita jadi umat Islam yang sesungguhnya. Jangan hanya Islam hanya pada nama. Biar Islam keseluruhannya. Agar sentiasa apa yang kita lakukan itu berpandu dan memperoleh redhaNya.

Sesungguhnya hidup dan matiku adalah untuk ISLAM. Dan aku juga akan mencintai seseorang bahana imannya bahana Islamnya.

“Aku menyintaimu kerana ad-dinmu. Selagi kau berpegang kuat padanya selagi itulah cinta ini akan terus bernyala dengan maraknya. Jika kau masih alpa jangan disalahkanku andai satu hari nanti aku pergi tanpa selaut bicara”

Aku berjalan, melihat dan mentafsir. Mencari cerminan jiwa, agar aku bisa menyucikan keladak dosa yang kian menebal. Aku ini hidup dalam belas al-Rahman dan al-Rahim-Nya. Maka seharusnya aku mendahului cintaku pada-Nya dari yang lain.

Sesekali aku terfikir. Andai satu hari udara yang menyambung nyawaku ini diambil semula. Pasti mati aku kekejangan.

p/s: Kebahagian itu kita yang mencarinya dengan izin-Nya
posted by Nay @ 2:48 PM   0 comments

Wednesday, November 15, 2006
Putri_kataknay
posted by Nay @ 9:25 AM   0 comments

Berjalan Mencari Idea Melakar Kata
Bingkisan cinta…

Malam tadi saya mimpi saya sedang bercinta. Dan yang bestnya lelaki yang saya cinta itu ada insan lain selain saya. Hati saya sangat sakit! Sakit yang teramat sakit! Saya tak tahu kenapa dalam mimpi itu hati saya sangat sakit. Mungkin saya telah memberikan seluruh rasa cinta saya padanya.

Dalam mimpi itu air mata saya mengalir. Saya tak dapat bayangkan kalau insan yang saya cinta main kayu tiga dibelakang saya. Rupanya saya salah sangka. Dia memang sayangkan saya. Hanya saya yang bersyakwasangka padanya. Dia kata pada saya dia dah tak larat lagi. Saya renung katanya. Mencari makna tersirat. Mungkin daerah yang indah itu bukan lagi milik saya. Manik-manik kaca kini membasahi wajah saya. Saya lihat bayangnya makin jauh. Saya menjerit memanggil namanya. Dia memandang saya tanpa rasa. Mungkin rasanya mati dibunuh saya.

Saya terduduk. Cinta itu semakin jauh meninggalkan saya. Dan dia melangkah tanpa berpaling lagi. Saya lihat hujan mula turun dari dada langit. Dia melagukan keresahan di hati saya. Saya pasrah andai itu berakhirnya cinta dalam hidup saya. Akan saya biarkan dia pergi. Mungkin dia akan jumpa insan yang sekufu dengannya.

P/s: Saya mencari keajaiban cinta. Saya ingin berjalan, melihat dan mentafsir segala kisah cinta agar dapat melahirkan satu karya cinta yang teragung . bukankah saya katakana saya teruja membaca novel Ayat-Ayat Cinta yang sarat dengan cinta pada yang haq.
posted by Nay @ 8:02 AM   0 comments

Tuesday, November 14, 2006
karyaku suatu masa dulu..
Warkah dari Hawa untuk Hawa. Hasil Nukilan InsanYalin suatu masa dulu.Alhamdulillah saya lihat dah banyak tersebar merata walau tiada nama saya sebagai penulisnya. Tak perlah. Kalau dulu saya sedikit marah bila nama saya lenyap sedangkan di bawah warkah itu telah saya nyatakn nama saya yakni yalina Insan. Tapi tak perlah apa yang ada pada nama. Dan yg saya tahu sesuatu yang lahirnya dari hati akan sampai juga. Moga ada manfaatnya buat kalian.


WARKAH DARI HAWA UNTUK HAWA oleh InsanYalin
[Warkah Dari Hawa untuk Hawa oleh Yalina Insan –Blues Selamanya Issue 30 (1 Ogos 2003) ]

Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian di mata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat Islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat, maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan di dunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan Islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya? Wahai Hawa, Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah.Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang dieksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu , andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah. Hawa, Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji Tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam , dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan…..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga. Hawa , Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jadilah seperti Sumaiyah yang mengoncang dunia mencipta sejarah . Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, mengetar hati kaum adam jangan hawa jangan kerana aku sukar menerimanya …dan aku benci mendengarnya.

Dari hawa untuk Hawa
Yalina Insan.
posted by Nay @ 8:11 PM   0 comments

Thursday, November 09, 2006
Mentafsir Cinta
Berjalan, Melihat dan Mentafsir

Aku berjalan mencari makna cinta, melihat cinta seharusnya yang bagaimana harus ku ladeni serta mentafsir segala apa tindakannya menurut pandanganku. Aku benar-benar naïf. Cinta yang maha luas itu membuka hijapku satu persatu sehingga kelihatan akulah insan yang maha kerdil dalam menilai cinta sebenar.

Akulah si kerdil yang mentafsir cinta

Aku berjalan dalam daerah jiwa
Ku temui satu tempat terindah
Aku ingin ke sana
Benar-benar ingin mendiaminya
Tapi ia lantang menolakku
Maka ku tinggalkan dengan hati yang walang.

Aku temui satu pintu
Ia terbuka luas untukku
Ia meminta aku ke sana
Mendiami daerah hatinya
Katanya ia hanya untukku

Tapi aku naïf
Aku terlalu kebudakkan
Aku terlalu memperolokkan
Aku sering menghantar ujian
Katanya cintalah dia walau
Berdasarkan simpati

Aku terlalu naïf bukan
Mataku barangkali tuli
Hatiku barangkali beku

Akulah si kerdil yang cungap mentafsir cinta.

InsanYalin06
posted by Nay @ 6:59 PM   0 comments

Kuasa Sebatang Pen dan kertas
Pena itu berbicara dengan menangkap merdunya suara hati. Saya telah selesaikan satu cerpen yang bertajuk 'Sebatang Pen dan Kertas' by InsanYalin.

Sebatang pen dan kertas...

Kun Faya kun, maka mata pena itu mengilhamkan kebenaran walau ianya pedih. Kun Faya Kun, maka mata pena itu mengundang keasyikkan, Kun Fayakun maka mata pena itu bisa menikam hati pembacanya lantas mengalirlah darah kesakitan atau mungkin juga bayu ketenangan. Kun Faya Kun maka yang mengerti lebih memahami. Kun Faya Kun, yang tidak mengetahui mula celik mata hatinya...(sedikit petikan yang terdapat dalam cerpen saya itu)

p/s: Saya tersenyum membaca komen seseorang akan cerpen saya ni. Syukran, tegurannya buat hati saya terukir senyuman. Alhamdulillah saya amat gemar bila ada yang mengomen tarian pena saya. Sekurang-kurangnya ada yang meladeninya.
posted by Nay @ 1:02 AM   0 comments

Wednesday, November 01, 2006
puisi YALIN:: Rengkuhan Dosa
RENGKUHAN DOSA

Zulmat
Sempit
Sesak
Gelisah
Mata hati tiada bernadi,
Deria hilang rasanya,
Langkah mula merapu,
Fikiran bercelaru,
bagai si celikyang berjalan dengan mata tertutup beku,
dengan jiwa cerminan kaku.

insanYalin06
1 nov 2006
posted by Nay @ 6:41 PM   0 comments

© 2006 berjalan,melihat dan mentafsir | Blogger Templates by Gecko & Fly.
No part of the content or the blog may be reproduced without permission.
Learn how to Make Money Online at GeckoandFly
First Aid and Health Information at Medical Health

 
 



 
 
About Me



Name: Nay
Home:
About Me: Sebatang pen dan kertas mampu membuat saya gembira. Kegemaran mengadap komputer. Meminati bicara pena yang bisu. Pena itu dapat menangkap merdu suara hati. maka saya suka menulis, menulis dan menulis.Syukran buat Sifu saya yang dihormati Encik RODIN. Syukran buat ayahanda tersayang YAACOB bin JUWAHER.Syukran juga buat bonda tercinta NOR AZIAN OMAR.
See my complete profile






Previous Post
Archives
Sahabat Nay
Affiliates