berjalan,melihat dan mentafsir

Sunday, December 31, 2006
Jangan
Jangan Mudah Patah Semangat Dalam Perjuangan.“….

wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah…”
(Az-Zumar : Ayat 53)

“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiadalah yang berputus asa dari rahmat Allah , melainkan yang kafir.”
(Yusuf : Ayat 87)

Jika kita gagal mencapai apa yang diingini, jangan sekali-kali kita berputus asa dan hilang semangat .Pesanan Allah di dalam ayat-ayat diatas amat jelas dan terang . Bahkan berputus asa dalam hidup dan perjuangan adalah satu dosa besar.

Kegagalan dan halangan kali pertama tidak bermakna putusnya rahmat Allah. Semangat untuk memperbaiki diri dan keluarga tidak harus luntur akibat kegagalan dan halangan kali pertama. Tabahkan hati dan teruskan iktiar kita. Rahmat Allah pasti akan tiba pada waktu dan ketika yang sesuai mengikut ilmuNya.
Tegasnya apabila Allah melarang kita dari terus berputus asa, ertinya Allah memang akan mengabulkan keinginan dan harapan kita dalam bentuk dan cara yang sesuai disuatu masa nanti. Yakinlah dengan janji Allah itu.
posted by Nay @ 7:28 PM   0 comments

Epilog Silam
Epilog silam (Haikal)

Dalam mengenang kisah hidup silam,
Kusedar dari kesilapan lalu,
Tuhan beratnya dosa-dosa ku,
Masihkah ada keampunan buatku.


Tuhan..dalam menempuh hidup ini,
Banyaknya dugaan datang menguji,
Tuhan..ada yang dapatku gagahi,
Dan ada yang gagal kuhindari.


Tuhan dosaku menggunung tinggi,
Tapi taubatku tak kutepati,
Tuhan..rahmatku melanggit luas,
Terlalu sedikitku bersyukur,


Kini ku kembali padaMu,
Mengharap maghfirah dariMu,
Mogakan terampun dosa-dosaku,
Biarpun ujian melanda ,
Kutetap berkasih padaMu,
Kerna ku yakin kasihMu,
Kekal tiada sudahnya

Dariku untukmu- budak Brutal in iman
posted by Nay @ 7:22 PM   0 comments

Sunday, December 17, 2006
cinta
bisikkan padaku kehebatan cinta itu
terangkan padaku keajaibannya
pimpinlah langkahku mendekatinya

aku rindu cinta
aku dahaga cinta
aku inginkan cinta

cinta yang mengalir dalam deru nafasmu adalah bahagia
cinta yang mengalir dalam setiap atur langkahmu itu nikmat
cinta yang cuba ku alir dalam setiap pembuluh darahku

tanpa cinta dahaga tidak hilang
mata tidak terpejam lena
dan diri tidak mengecapi tenang

cinta siapa?
cinta dariNya.. hanya dariNya

insanYalin 06
elephant rock silver
posted by Nay @ 8:04 AM   0 comments

Saturday, December 09, 2006
Orang, Mak dan Aku
karya lamaku

OraNg , Mak dan akU.

Kata orang masa muda hanya sekali , jangan di persiakan..masa untuk enjoy , masa untuk mengetahui dan mencuba semua benda agar bila tua nanti tak menyesal…
Mak pula kata , masa muda masa untuk beramal dengan ilmu , beribadat , masa tenaga masih kuat , masa kudrat masih larat ,
Masa cari ilmu bina ketakwaan jaga keimanan…dan mak pesan jangan buat jahat sebab putik yang masih muda pun boleh gugur maka bersiap sedia mengingati mati…
Aku pula kata…ehmmm betul juga kata mak.

Kata orang ilmu tu penting untuk orang pandang tinggi pada kita , untuk hidup senang , untuk beli apa yang di idamkan , beli rumah besar , kereta mewah…barulah orang pandang tinggi bolehlah kita megah atas apa yang kita miliki…
Tapi mak kata “ ilmu tu pembuka segala amal” ,makin berilmu makin tunduk pada kekuasaan Allah , makin mengakui dan
mengkagumi keesaan tuhan. Dengan ilmu juga kita berusaha untuk perbaiki diri …dan mak selalu pesan ilmu kena diamalkan sebabnya Allah benci pada orang yang berilmu tapi tak mengamalkanya.
Aku pula kata.betul juga kata mak nie….eh bukan betul jer tapi memang betul.

Orang kata , kita kena pandai cari dan ambil peluang , kesempatan yang ada jangan dilepaskan , kena cepat.. nanti ketinggalan , jangan fikirkan orang lain yang penting diri kita kena di utamakan…
Tapi mak kata jangan bina kejayaan atas keruntuhan orang lain, jangan jatuhkan orang , rezeki di tangan tuhan ,kalau ada dapat kalau di takdirkan tak ada , usaha macam mana pun tak akan dapat. Mak pesan lagi jangan makan kawan kalau lapar sangat makan makanan yang halal ….lagi satu mak pesan usaha tu penting asas kejayaan ..
Aku pula kata ya.. mengiakan kata emak sambil mengangguk-anggukan kepalaku.

Kata orang kalau nak cari jodoh tu , carilah yang cantik sedap mata memandang, nanti tak lah jemu Pendidikan pun kena tinggi kalau tak , nak makan apa? …pasir…biar dapat kereta sebiji sebagai mas kahwin tak pun insuran….(macam iklan kat era tu…pasal insuran)
Mak pula kata jodoh pertemuan di tangan tuhan , kalau nak cari , carilah yang beriman dan beramal dengan apa yang dia pelajari.jangan pandang paras rupa sebabnya kecantikan akan hilang tak kekal lama , budi pekerti dan agama yang penting…kahwin bukan untuk sehari dua tapi untuk seumur hidup …maka jangan tersalah buat pilihan lalu mak pun menyanyikan lagu
“kepada mu tuhan , kusandar harapan, moga tak tersalah pilihan, seandai dirinya ,tercipta untukku rela ku menjadi miliknya”
Aku pulak terkejut gila…fuyoo mak pandai nyanyi lagu …tapi macam pernah dengar jer lagu nie.
Mak kata , alah lagu pernah dapat no 1 dalam carta era Yang ada dalam carta nasyid radio IKIM tu…terang mak bila lihat aku tercengang lihat mak.
Aku pulak kata betul juga kata mak pasal jodoh tu dalam hati kagum dengan mak , mak modenlah katakan brutal in iman lagi.

Kata orang “harimau mati tinggalkan belang ,manusia mati tinggalkan nama”
Mak pula kata …manusia tak ada belang maka bila mati tak boleh tinggalkan belang macam Pak Belang tu….mak kata lagi “hidup biar berjasa” biar orang tak kenal dan tak sanjung kita tapi pastikan dapat tempat di sisi Allah yang Esa. Mak kata lagi kalau buat sesuatu jangan nakkan balasan , jangan buat kerana nama , pangkat , atau darjat tapi biarlah ikhlas kerana Allah. Mak kata lagi kalau itu yang kita kejarkan ..pangkat , nama , darjat , sanjungan kita akan dapat tapi di akhirat tiada yang menanti. Lalu mak membacakan pesanan daripada Saidina Al-Khatab


Jika kamu ingin mengikut petunjuk dari para iman,
Maka kuatkan dirimu untuk menerima mushibah
dgn hati yg lembut di waktu menghadapi kepahitan
dan hati yg sabar terbentang di dada.
Lisanmu perlu di kunci , matamu perlu dikendali,
Rahsiamu di sembunyikan dan hanya dilihat oleh Allah sahaja.
Namamu jangan terkenal , pintumu di tutup , mulutmu tersenyum,
Perutmu lapar , hatimu luka, pangkatmu di pendam dan keaibanmu tersohor
Dan tiap-tiap hari menelan perasaan pahit dari pengaruh zaman dan teman,
Sedangkan hatimu menurut,
Siangmu sibuk mengislahkan (mendamaikan) orang tanpa membangkit-bangkitkan,
Ambillah kesempatan pada malam itu , jadikan ia persiapan untuk hari kiamat yang padanya sulit sekali mencari jalan.

Aku pula kata terima kasih mak betul apa yang mak cakap tu…aku tersenyum riang terima kasih ibu ,ratu hatiku , insan yang paling aku kasihi dalam dunia nie terima kasih atas nasihat mu.
Wallahualam , ilmu itu pembuka segala amal.

‘Orang ,mak dan aku’ nie ana reka bila otak ana dah tepu baca buku …ana harap ada pengajaran dan pengisian , walaupun lawak sikit tapi minta ada pengajaran di sebaliknya ..saje jer buat lawak…tak lah tension sangat maklumlah second test nak dekat lagi pun ana tengah sedih dengar takbir raya nie …tahun nie ana tak balik kg jadi buat cerita lawak sikit agar tak rasa kesedihan di hati….dah dua kali raya kat upm nie ..oh ya selamat hari raya aidiladha dan good luck untuk second test nie buat semua budak upm dan yang sewaktu dengannya…(yalina insan)
posted by Nay @ 11:36 PM   0 comments

Friday, December 01, 2006
Ada Orang Bertanya pada Saya...
tanyanya: "Apa keburukan wayang itu?"


Jom PI Tengok Wayang!!!

Aku:
Jom pergi tengok wayang ,aku dengar ceritanya best gila!!

Dia:
Cerita apa yg kau tengok?

Aku;
Biasalah ,orang muda ,cerita cinta ,seram ,komedi ,Hindustan ,semuanya aku tengok ! Tanyalah apa-apa semuanya aku tahu .he…he..best giler .Rasanya sampai tak nak balik !!
Kau pernah tengok wayang?

Tukang cerita :Bila tanya pasal hiburan semua tahu bila tanya pasal agama , langsung tak tahu !(geleng kepala)

Dia:
Aku…tak pernah.

Aku:
Ha!ha!..ha! …lawaklah kau ni ,ketinggalan zamanlah..Waktu muda nilah enjoy dulu ,bila tua nanti baru taubat…kesian aku tengok kau nie !…kuno betul….he…he…he…

Tukang cerita:Parah sungguh budak nie , dia tahu ke dia mati bila , entah-entah alam tua pun tak rasa , ee….entahlah budak zaman sekarang nie! (sekali lagi mengeleng kepala)

Dia :
Kau gelak ….kau tahu kenapa aku tak suka pergi tempat macam tu?

Aku:
Sebab kau tak tahu menghargai masa mudamu!
Sebab kau tu katak bawah tempurung! Tolak kemajuan , semua tak boleh buat ,apa yang boleh pun aku tak tahu ! ha!..ha!…ha!

Dia:
Bukan ….sebabnya aku takut dosa .

Aku:
Dosa apanya, lawaklah kamu nie! Tengok wayang je ,bukannya buat apa-apa !

Dia:
Tak berdosa ! hairan tempat maksiat kau kata tak berdosa.Hiburan yang tak mengasingkan tempat duduk lelaki dan perempuan , mereka bebas bergaul .Tengok cerita yang tak bagus, yang melalaikan sampai lupa waktu solat ,sampai lupa laksanakan kewajipan, kau kata tak berdosa.

Aku:
Aku tak buat macam tu ,aku pergi dengan kawan aku yang sama cas ,bukannya lain cas.Lecehlah kawan dengan ustaz nie!

Dia:
Sahabat ,memang kita tak buat tapi orang lain buat .Kau yang ada di situ kira bersubahat sebab kau tak menegahnya malah kau pergi seolah-olah mengalakkan lagi suasana tersebut .Kan Na bi SAW ada bersabda :
“Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran maka hendaklah ia menegahnya dengan tangannya (kuasa) .Jika tak mampu hendaklah di tegahnya dengan lidahnya ,kemudian jika tak mampu juga , hendaklah di tegah dengan hati .Itulah selemah-lemah iman”.

Aku:
Alah dosa kecil ajer ,bukannya aku buat dosa besar.

Dia:
Sahabat , jangan dipandang akan besar atau kecilnya dosa yang kita telah lakukan tapi lihatlah pada siapa kau melakukan dosa itu.

Aku:
Kalau kita tak pergi tengok wayang macam mana industri perfileman akan maju.

Dia:
Itu yang kau takutkan ,dan itukah yang kau risaukan.
Kau tak risaukah pasal dirimu ,usia kita yang semakin meningkat sedangkan amalan kita kurang .Lagi pun kau pasti kita berada lama di bumi Allah nie ,Kau pasti kita sempat menebus dosa kita sekiranya kita tak mula beramal pada hari ini !Kau pasti kita dapat bertaubat sebelum malaikat maut memanggil kita ke alam yang lebih kekal! Adakah kau pasti!

Aku :
Lecehlah kau ni ,kan aku kata kecil ajer perkara nie !

Tukang cerita:Degilnya budak ni ,kawan bagi nasihat tak nak dengar….ada je alasannya (mengelengkan lagi kepala untuk kali ketiga)

Dia:
Sahabat ,kan aku dah kata .Jangan di pandang besar atau kecilnya dosa itu tapi lihat pada siapa kau lakukan dosa itu. Dosa yang kau pandang kecil itu lama-lama akan mengundang dosa-dosa besar .Ingatlah syaitan itu ada di mana-mana .Kau lupa janjinya pada tuhan.Di mana ia meminta kepada Allah swt sesuatu yg mendatangkan apa jua keuntungan pada dirinya dan bala tenteranya ,dan hal ini ada di terangkan dalam Al-Quran.yang bermaksud ;
“Ya tuhanku oleh kerana engkau telah memutuskan bahawa aku sesat , pasti aku menghiaskan mereka (kejahatan yang ada) di bumi ,(sehingga mereka memandang baik) dan demi akan aku sesatkan mereka itu semuanya kecuali hamba-hambamu yang ikhlas di antara mereka. (surah Al-Hijr ayat 38-40)

Dan Allah juga ada berfirman yangbermaksud;

“bukankah aku telah memberi peringatan kepada semua wahai anak Adam agar jangan kamu menyembah syaitan ,iaitu kemahuan dan suruhannya ,sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang paling nyata .”
(surah yasin ayat 60)

Aku :
Sudahlah jangan nak berceramah depan aku .Aku punya sukalah kubur lain-lain.Jangan sibuk hal aku! Malas aku nak layan orang alim ni, itu tak boleh,ini tak boleh..! Leceh…

Watak Dia hanya melihat watak Aku ,yang terus berlalu dengan marah. Watak Dia juga mengeleng –gelengkan kepalanya sama dengan yang di lakukan oleh tukang cerita.

Tukang cerita :Bukan mudah nak nasihat orang nie sampai nak tercabut kepala rasanya sebab asyik menggeleng-gelengkan kepala melihat watak Aku yang susah nak dengar nasihat orang . Dan inilah ujian Allah pada kita untuk melihat seteguh mana iman kita ,setinggi mana ketakwaan kita.Memang susah nak jaga iman di hati sebab syaitan itu sentiasa mencari ruang untuk menyesatkan anak Adam ini.Kita pula seharusnya berwaspada dan tolong ingat ingatkan antara satu sama lain semoga kita tak termasuk di kalangan orang yang rugi.Insyaallah

‘Demi masa sesungguhnya manusia di dalam kerugian kecuali mereka yang berpesan-pesan dan mengingati kearah kebaikan’


Dari hamba Allah untuk ingatan kita bersama.
posted by Nay @ 8:04 AM   0 comments

© 2006 berjalan,melihat dan mentafsir | Blogger Templates by Gecko & Fly.
No part of the content or the blog may be reproduced without permission.
Learn how to Make Money Online at GeckoandFly
First Aid and Health Information at Medical Health

 
 



 
 
About Me



Name: Nay
Home:
About Me: Sebatang pen dan kertas mampu membuat saya gembira. Kegemaran mengadap komputer. Meminati bicara pena yang bisu. Pena itu dapat menangkap merdu suara hati. maka saya suka menulis, menulis dan menulis.Syukran buat Sifu saya yang dihormati Encik RODIN. Syukran buat ayahanda tersayang YAACOB bin JUWAHER.Syukran juga buat bonda tercinta NOR AZIAN OMAR.
See my complete profile






Previous Post
Archives
Sahabat Nay
Affiliates