berjalan,melihat dan mentafsir

Tuesday, November 28, 2006
berjalan, melihat dan cuba mentafsir lagi
Dungu

Kadang kala kita ni dungu. Bila cinta datang mengetuk, tidak pernah kita nak buka hati ini seikhlasnya. Tidak pernah kita nak menghargai cinta yang si dia berikan. Malah kita hujani dirinya dengan pelbagai ujian. Entah apa yang kita cari dengan titipan ujian itu?sedangkan cinta yang dilimpahkannya sepenuh hatinya. Entahlah kadang-kadang kita tak tahu apa yang kita lakukan. Bimbang juga takut nanti cinta yang suatu masanya itu terukir hanya untuk kita kini terhakis lantas berpaling.

Cinta dan rindu ini benar-benar menyakitkan. Rasa ingin mencari satu daerah yang tiada istilah cinta. Tapi mana mungkin. Kita mana bisa hidup keseorangan. Hidup ini perlukan teman. Itu fitrah. Fitrah yang kalau kita membantahnya kita yang sengsara. Tapi sukar untuk mencari teman itu. Ya begitu sukar sehingga kadang kala kita sendiri tidak sedar apa yang kita lakukan.

Maka sekali lagi kita perlu bersandar padaNya. Setiap kesulitan itu disisipkan kemudahan. Cari jalan penyelesaiannya walau bercakap itu lebih mudah dari melakukannya. Moga jalan dan tindakan ini sentiasa terpandu. Moga akal dan hati ini bertindak sewaras-warasnya berlandaskan iman. Moga cinta sesama insan tidak mengaburi mata kita. Cinta TUHAN yang teratas. Cinta TUHAN yang teragung.

Ada apa dengan cinta insan ini? Entahlah, entah bagaimana untuk mentafsirkannya. Aku harus berjalan,melihat lagi, melihat dan mentafsir dengan ketelusan bukan penuh kenafsuan.
posted by Nay @ 8:26 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 

© 2006 berjalan,melihat dan mentafsir | Blogger Templates by Gecko & Fly.
No part of the content or the blog may be reproduced without permission.
Learn how to Make Money Online at GeckoandFly
First Aid and Health Information at Medical Health

 
 



 
 
About Me



Name: Nay
Home:
About Me: Sebatang pen dan kertas mampu membuat saya gembira. Kegemaran mengadap komputer. Meminati bicara pena yang bisu. Pena itu dapat menangkap merdu suara hati. maka saya suka menulis, menulis dan menulis.Syukran buat Sifu saya yang dihormati Encik RODIN. Syukran buat ayahanda tersayang YAACOB bin JUWAHER.Syukran juga buat bonda tercinta NOR AZIAN OMAR.
See my complete profile






Previous Post
Archives
Sahabat Nay
Affiliates