|
Saturday, June 09, 2007 |
Segalanya Indah |
pena itu berbicara dengan menangkap merdunya suara hati.
PUISI
ANIMO SEORANG GURU
Oleh Insan Yalin
Secerah mentari
Harapan itu tidak pernah padam
Makin membara dan menyala
Mengisi setiap fuad dan jiwa
Secantik pelangi
Teratur susunan adiwarna
Strategi bermakna
Agar hidup kalian indah
Alunan dari bahasa iman
Sedarlah
Animo seorang guru
Tidak pernah lenyap
Mengharap jayanya
Insan yang dilentur
Dalam setiap kalungan doa dan didikan
Mengertilah
Tiada pernah mengharap
Walau sekelumit
Kalian hilang pedoman
Lemas dalam kehidupan
Tercicir mengejar jaya
Fahamilah
Cemerlangnya kalian
Bererti kejayaan kami
Hodohnya kalian
Bererti buruknya kami
Biar jerih payah kami tiada sia
Biar pengorbanan kami
Penghasilannya manis
Andai satu hari kalian berjaya
Itu hasil dari animo seorang guru
yang sentiasa bernyala.
TAMAT
POEM
A TEACHER ASPIRE
Alike a shining sun
The hope that never abated
With glowing flames
Occupying our soul and spirit
Alike a beautiful rainbow
Varieties of colours brilliantly
Meaningful strategy
Hoping bright future bestow upon you
Destiny of faith or iman
Awake
A teacher aspire
Never diminish and never vanish
For your success
Moulding human
To educate and for every word we pray
Bare in mind
Never and never hope
Even a tiny particle
You gone asunder
Life went drown
Drop out – pursuing victory
It’s understandable
Your success
Means our success
Worst you are
Means worst we are
Let ceaseless difficulties we never in rain
Let our sacrifice till then
With sweet outcome
If one day you obtain victorious
That’s an outcome
From a teacher aspire
That always inflame
Created by Insan Yalin
Translated by Ustaz Azlan |
posted by Nay @ 8:06 AM |
|
|
|
Sentuhan tintaku.. |
PUISI
Terlupa Untuk Leka.
Langit yang menangis Membawa lembaran rindu Tangisan syahdu Melebur hati yang beku
Lama dia menangis Lalu tersedar dalam insaf Tiada ingin lagi bercucuran
Ada tanaman yang mekar Di sebalik kemarau dugaan
Sehingga dia terlupa untuk leka.
Nukilan, Insan Yalin MTI, Changkat Jering.
PUISI
PERTEMUAN
Dia memandang Mata bertentangan Ada senyuman yang terukir Ada hati yang berbunga
Meneka dalam kesamaran ‘Yin’
Satu angukkan mengiakan Erat dalam dakapan Ukhwah kini bersatu Jihat terhapus
Pertemuan ini satu ‘Anugerah’
Nukilan, Insan Yalin MTI, Changkat Jering.
PUISI
JIHAD CINTA
Sunyi Daerah hati ini sepi Daun harapan berlerahan Tunas kehampaan bertunas Lebat!
Harapan Kian lama kabur Impian semakin lebur Cinta bagai terkubur Lenyap!
Ini jihad cinta Menyinta Tetapi sukar dicintai Menyayangi Namun tiada makna Kosong!
Biarlah Biarkan sahaja Daerah hati ini sepi Selamanya Sunyi!
Nukilan, Insan Yalin MTI, Changkat Jering.
PUISI
MENCARI IZZAT
Terincit mazmumah Kebal terpelihara Dawaian iman Bentengan taqwa Relakan!
Incit! Segala hasad Lerah! Segala lantungan Lengkitang zikrullah bergema Tika kepala melenggak Ke atas sana Sesaat
Lantas menekur ke bumi Lama Tiada layak bersuara Bahana hamba ini Ingin mencari izzat Dari sesi yang bernama Ad-din
Nukilan, Insan Yalin MTI, Changkat Jering |
posted by Nay @ 7:47 AM |
|
|
berjalan,melihat dan mentafsir | Blogger Templates by Gecko & Fly.
No part of the content or the blog may be reproduced without permission.
Learn how to Make Money Online at GeckoandFly
First Aid and Health Information at Medical Health
|
|
|
|
|
|
About Me |
Name: Nay
Home:
About Me: Sebatang pen dan kertas mampu membuat saya gembira. Kegemaran mengadap komputer. Meminati bicara pena yang bisu. Pena itu dapat menangkap merdu suara hati. maka saya suka menulis, menulis dan menulis.Syukran buat Sifu saya yang dihormati Encik RODIN. Syukran buat ayahanda tersayang YAACOB bin JUWAHER.Syukran juga buat bonda tercinta NOR AZIAN OMAR.
See my complete profile
|
Previous Post |
|
Archives |
|
Sahabat Nay |
|
|
Affiliates |
|
|