berjalan,melihat dan mentafsir

Wednesday, October 25, 2006
Cin yang bodoh, Rin yang gila
CINTA YANG BODOH
RINDU YANG GILA

Cinta itu bodoh
Rindu itu gila
Benci!
Benar-benar benci!
Terasa sakit!

Taufan rindu itu
Memenjara hati
Menolak menjauhi kewarasan
Hati terdidih

Lari!!
Keluar dari penjara
Rindu yang gila ini!!
Aku bisa mati!

Yalin 06

P/s: Hari ini saya dapat ilham buat sajak ini. Haha saya bayangkan saya dalam kondisi merindu. Pasti sakit bukan. Hei jangan fikir lain. Ini hanya puisi gila-gila saya.
posted by Nay @ 9:17 AM   0 comments

Thursday, October 19, 2006
Hujan Menangis
Saat ini
hujan menangis di dada langit
Rengekkan kesedihan itu kedengaran jelas
Barangkali meratapi
Ramadan yang bakal lenyap
Bermakna cintanya bakal pergi
Barangkali juga
Gentar kerinduan menggebu
Bimbang ajal menjemput
Sebelum kerinduan terubat semula

Nay 06
posted by Nay @ 9:01 AM   0 comments

Wednesday, October 18, 2006
Terketuk!
Terketuk!

Ada orang mengingatkan saya. Dia ingin saya belajar bahawa dalam dunia kita, bukan sekadar sajak, cerpen, jiwang, leleh-leleh dan hiba-hiba tapi lebih daripada itu. Dia juga mengingatkan saya supaya jangan terlalu sensitive sangat hingga tenggelam rasioanal. Jadikan sifat itu sebagai kekuatan dan semangat dan lain-lain. Bukan untuk berhiba-hiba.
Saya sedang cuba meladeni dan memahami kata-katanya. Seringkali hati saya menganggap benar katanya tapi saya sedang mencari bukti kebenarannya.

Pada saya menulis untuk meluahkan apa yang kita rasa. Membekukan keadaan lantas kita mengambarkannya dengan keindahan perkataan. Mengubahkan mengkuang kata agar menjadi sutera bicara yang indah. Berfantasi mengenai cinta yang suci lalu kita lakarkan untuk kepuasan. Biar cinta itu lahir dengan berperaturan. Melahirkan sajak-sajak yang indah atau puisi-puisi yang menawan untuk dijadi tatapan dan tercuit rasa insane yang meladeninya. Wah betapa kerdilnya pengamatan saya tentang seni dan penulisan ini. Sedangkan kita mampu membawanya lebih jauh. Seperti katanya.

Dulu saya juga pernah dinasihatkan oleh seseorang yang saya amat kagum dengan karyanya. Memang setiap kali terbaca karya tarian penanya hati saya akan tersentuh. Walau hanya cerpennya berbentuk warkah dari seorang abang untuk adiknya tapi hati saya tetap tercuit. Dia pernah meyarankan saya supaya lari dari tema cinta asyik dan masyuk ini kepada tema cerpen yang lebih serius. Katanya benar walaupun saya sedikit terasa dengan katanya. Dia mengulum benar!

Bahana saya perempuan. Walau sesantun mana bahasa yang digunakan oleh seorang lelaki saya pasti terasa. Kenapa? Sebab saya perempuan sensitive saya dan emosi saya menggunung walau seringkali saya nafikan dengan menyatakan bahawa hati saya ini sekeras batu!

Hari ini saya terketuk. Moga selamanya saya akan sedar. Doakan saya wahai semua. Syukran. (Bukan bermakna saya akan lari dari cerpen cinta. Cinta itu kekuatan bagi diri saya. Tapi saya hidup bukan semata-mata untuk cinta melainkan cinta untuk-Nya). Ws.
posted by Nay @ 5:23 PM   0 comments

Tuesday, October 17, 2006
Berjalan Melihat Mentafsir
Salam.
Dalam dunia ini penuh dan sarat dengan perjalanan. Ia membuat kita berjalan, bejalan dan berjalan. Sepanjang perjalanan itu kita melihat dan akhir sekali kita mentafsirkan apa yang disentuh oleh indera kita. Maka sepanjang hayat kita, kita akan berjalan, melihat dan mentafsir. Sekian.
posted by Nay @ 8:11 PM   0 comments

© 2006 berjalan,melihat dan mentafsir | Blogger Templates by Gecko & Fly.
No part of the content or the blog may be reproduced without permission.
Learn how to Make Money Online at GeckoandFly
First Aid and Health Information at Medical Health

 
 



 
 
About Me



Name: Nay
Home:
About Me: Sebatang pen dan kertas mampu membuat saya gembira. Kegemaran mengadap komputer. Meminati bicara pena yang bisu. Pena itu dapat menangkap merdu suara hati. maka saya suka menulis, menulis dan menulis.Syukran buat Sifu saya yang dihormati Encik RODIN. Syukran buat ayahanda tersayang YAACOB bin JUWAHER.Syukran juga buat bonda tercinta NOR AZIAN OMAR.
See my complete profile






Previous Post
Archives
Sahabat Nay
Affiliates