berjalan,melihat dan mentafsir

Tuesday, January 12, 2010
salam kembali
salam buat semua. Kesepian itu indah. Doakan keselamatan di penghujung bulan dua nanti.
posted by Nay @ 8:17 PM   0 comments

Tuesday, March 10, 2009
SALAM DARI YALIN...
pena itu berbicara dengan menangkap merdunya suara hati.

Salam. kembali melawat rumahku yang usang. lama sudah tiada kulawati. apa yang harus diperkatakan...tentang apa? bagaimana harus aku mulakan bicara? nantilah..aku fikirkan apa yang harus aku ungkapkan...
posted by Nay @ 8:44 AM   0 comments

Saturday, June 09, 2007
Segalanya Indah
pena itu berbicara dengan menangkap merdunya suara hati.

PUISI





ANIMO SEORANG GURU

Oleh Insan Yalin



Secerah mentari

Harapan itu tidak pernah padam

Makin membara dan menyala

Mengisi setiap fuad dan jiwa



Secantik pelangi

Teratur susunan adiwarna

Strategi bermakna

Agar hidup kalian indah

Alunan dari bahasa iman



Sedarlah

Animo seorang guru

Tidak pernah lenyap

Mengharap jayanya

Insan yang dilentur

Dalam setiap kalungan doa dan didikan



Mengertilah

Tiada pernah mengharap

Walau sekelumit

Kalian hilang pedoman

Lemas dalam kehidupan

Tercicir mengejar jaya



Fahamilah

Cemerlangnya kalian

Bererti kejayaan kami

Hodohnya kalian

Bererti buruknya kami



Biar jerih payah kami tiada sia

Biar pengorbanan kami

Penghasilannya manis

Andai satu hari kalian berjaya

Itu hasil dari animo seorang guru

yang sentiasa bernyala.





TAMAT

POEM





A TEACHER ASPIRE



Alike a shining sun

The hope that never abated

With glowing flames

Occupying our soul and spirit



Alike a beautiful rainbow

Varieties of colours brilliantly

Meaningful strategy

Hoping bright future bestow upon you

Destiny of faith or iman



Awake

A teacher aspire

Never diminish and never vanish

For your success

Moulding human

To educate and for every word we pray



Bare in mind

Never and never hope

Even a tiny particle

You gone asunder

Life went drown

Drop out – pursuing victory



It’s understandable

Your success

Means our success

Worst you are

Means worst we are



Let ceaseless difficulties we never in rain

Let our sacrifice till then

With sweet outcome

If one day you obtain victorious

That’s an outcome

From a teacher aspire

That always inflame



Created by Insan Yalin

Translated by Ustaz Azlan
posted by Nay @ 8:06 AM   0 comments

Sentuhan tintaku..
PUISI



Terlupa Untuk Leka.


Langit yang menangis
Membawa lembaran rindu
Tangisan syahdu
Melebur hati yang beku

Lama dia menangis
Lalu tersedar dalam insaf
Tiada ingin lagi bercucuran

Ada tanaman yang mekar
Di sebalik kemarau dugaan

Sehingga dia terlupa untuk leka.


Nukilan,
Insan Yalin
MTI, Changkat Jering.






















PUISI



PERTEMUAN

Dia memandang
Mata bertentangan
Ada senyuman yang terukir
Ada hati yang berbunga

Meneka dalam kesamaran
‘Yin’

Satu angukkan mengiakan
Erat dalam dakapan
Ukhwah kini bersatu
Jihat terhapus

Pertemuan ini satu
‘Anugerah’

Nukilan,
Insan Yalin
MTI, Changkat Jering.



















PUISI



JIHAD CINTA


Sunyi
Daerah hati ini sepi
Daun harapan berlerahan
Tunas kehampaan bertunas
Lebat!

Harapan
Kian lama kabur
Impian semakin lebur
Cinta bagai terkubur
Lenyap!

Ini jihad cinta
Menyinta
Tetapi sukar dicintai
Menyayangi
Namun tiada makna
Kosong!

Biarlah
Biarkan sahaja
Daerah hati ini sepi
Selamanya
Sunyi!

Nukilan,
Insan Yalin
MTI, Changkat Jering.











PUISI



MENCARI IZZAT

Terincit mazmumah
Kebal terpelihara
Dawaian iman
Bentengan taqwa
Relakan!

Incit!
Segala hasad
Lerah!
Segala lantungan

Lengkitang zikrullah bergema
Tika kepala melenggak
Ke atas sana
Sesaat

Lantas menekur ke bumi
Lama
Tiada layak bersuara
Bahana hamba ini
Ingin mencari izzat
Dari sesi yang bernama
Ad-din


Nukilan,
Insan Yalin
MTI, Changkat Jering
posted by Nay @ 7:47 AM   0 comments

Sunday, March 04, 2007
puisi Yalin
pena itu berbicara dengan menangkap merdunya suara hati.
posted by Nay @ 1:13 AM   1 comments

Wednesday, January 24, 2007
Di Sebalik Malam
Di Sebalik Malam.

Paparan yang membuat saya terlongo. Terkejut teramat.Entah kenapa mutiara bergenang di tubir mata. Saya doa agar segalanya tidak seburuk yang diperkata. Entah kenapa malam ini saya tertancap pegun di kaca tv. Selalunya tidak! Masih terbayang-bayang di ruang mata saya, janin-janin yang terpisah anggota badannya. Janin-janin yang dibuang tanpa sedikit rasa belas.

Sedih apabila mengetahui kebanyakan yang melakukan perkara itu adalah dari bangsa saya sendiri.Ya Allah, risau teramat risau saya melihatnya. Alhamdulillah, terbit kesyukran dalam diri. Rupanya jihat yang saya bina antara lelaki dan perempuan, demi ad-din tercinta, memelihara saya dari tergelincir. Alhamdulillah ilmu yang saya tahu tentang menunduk pandangan untuk mengawal nafsu itu bererti dalam hidup saya. Mata yang saya jaga dari melihat segala wayang gambar yang menjolok mata dapat mengawal nafsu saya. Betapa indahnya ad-din saya. Betapa istimewanya Islam itu, bila dikuncupi wangiannya.

Jika kita berpegang pada ad-din, kita tak akan musnah. Bila kita menjaga hubungan dengan Allah, maka Allah akan menjaga kita. Saya amat ingin jika Allah menjadi segalanya buat saya. Moga Ia menjadi pendengar, menjadi mata, tangan dan segalanya buat saya. Ya Allah sesungguhnya ibadatku, hidupku adalah untukMu ya ALLAH.

Saya masih sedih tapi saya tak tegar menjadi penghukum. Saya ingin katakan bahawasanya Allah itu MAHA PENGASIH. Walau seberat mana dosa yang kau pikul, tiba satu detik kau terbuka untuk bertaubat. Dan ketika itu kau masih dalam nikmat nyawa, kembalilah padaNya. DIA tidak sesekali akan menolakmu. Selangkah kau hampiriNya seribu langkah DIA menghampirimu.

Biar seberat mana noda kita, andai iman memanggil kita ke jalan yang benar. Jangan berpaling. Itu adalah sebesar-besar nikmat untukmu. Kembalilah saudaraku, kembalilah sayang. Melakukan hubungan kelamin itu ibadat jika nikah itu telah kau gagahi tapi ia merupakan satu dosa yang besar tanpa ikatan yang sah.

Melakukan sex tanpa nikah itu haram, maka jangan kau tambahi dosa itu dengan mengugurkannya. Setiap orang pasti melakukan kesalahan, dan jangan kesalahan atas kesilapan dan ketelanjuran yang sedikit itu kau biar ia menjadi noda seluas buana. Kembalilah, TUHAN kita itu MAHA PENGASIH DAN MAHA CINTANYA. Kembalilah..

Catatan ini saya tulis pada 25 January 2007. (12.27 am)
posted by Nay @ 10:23 PM   0 comments

Sunday, December 31, 2006
Jangan
Jangan Mudah Patah Semangat Dalam Perjuangan.“….

wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah…”
(Az-Zumar : Ayat 53)

“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiadalah yang berputus asa dari rahmat Allah , melainkan yang kafir.”
(Yusuf : Ayat 87)

Jika kita gagal mencapai apa yang diingini, jangan sekali-kali kita berputus asa dan hilang semangat .Pesanan Allah di dalam ayat-ayat diatas amat jelas dan terang . Bahkan berputus asa dalam hidup dan perjuangan adalah satu dosa besar.

Kegagalan dan halangan kali pertama tidak bermakna putusnya rahmat Allah. Semangat untuk memperbaiki diri dan keluarga tidak harus luntur akibat kegagalan dan halangan kali pertama. Tabahkan hati dan teruskan iktiar kita. Rahmat Allah pasti akan tiba pada waktu dan ketika yang sesuai mengikut ilmuNya.
Tegasnya apabila Allah melarang kita dari terus berputus asa, ertinya Allah memang akan mengabulkan keinginan dan harapan kita dalam bentuk dan cara yang sesuai disuatu masa nanti. Yakinlah dengan janji Allah itu.
posted by Nay @ 7:28 PM   0 comments

Epilog Silam
Epilog silam (Haikal)

Dalam mengenang kisah hidup silam,
Kusedar dari kesilapan lalu,
Tuhan beratnya dosa-dosa ku,
Masihkah ada keampunan buatku.


Tuhan..dalam menempuh hidup ini,
Banyaknya dugaan datang menguji,
Tuhan..ada yang dapatku gagahi,
Dan ada yang gagal kuhindari.


Tuhan dosaku menggunung tinggi,
Tapi taubatku tak kutepati,
Tuhan..rahmatku melanggit luas,
Terlalu sedikitku bersyukur,


Kini ku kembali padaMu,
Mengharap maghfirah dariMu,
Mogakan terampun dosa-dosaku,
Biarpun ujian melanda ,
Kutetap berkasih padaMu,
Kerna ku yakin kasihMu,
Kekal tiada sudahnya

Dariku untukmu- budak Brutal in iman
posted by Nay @ 7:22 PM   0 comments

Sunday, December 17, 2006
cinta
bisikkan padaku kehebatan cinta itu
terangkan padaku keajaibannya
pimpinlah langkahku mendekatinya

aku rindu cinta
aku dahaga cinta
aku inginkan cinta

cinta yang mengalir dalam deru nafasmu adalah bahagia
cinta yang mengalir dalam setiap atur langkahmu itu nikmat
cinta yang cuba ku alir dalam setiap pembuluh darahku

tanpa cinta dahaga tidak hilang
mata tidak terpejam lena
dan diri tidak mengecapi tenang

cinta siapa?
cinta dariNya.. hanya dariNya

insanYalin 06
elephant rock silver
posted by Nay @ 8:04 AM   0 comments

© 2006 berjalan,melihat dan mentafsir | Blogger Templates by Gecko & Fly.
No part of the content or the blog may be reproduced without permission.
Learn how to Make Money Online at GeckoandFly
First Aid and Health Information at Medical Health

 
 



 
 
About Me



Name: Nay
Home:
About Me: Sebatang pen dan kertas mampu membuat saya gembira. Kegemaran mengadap komputer. Meminati bicara pena yang bisu. Pena itu dapat menangkap merdu suara hati. maka saya suka menulis, menulis dan menulis.Syukran buat Sifu saya yang dihormati Encik RODIN. Syukran buat ayahanda tersayang YAACOB bin JUWAHER.Syukran juga buat bonda tercinta NOR AZIAN OMAR.
See my complete profile






Previous Post
Archives
Sahabat Nay
Affiliates