berjalan,melihat dan mentafsir

Friday, December 01, 2006
Ada Orang Bertanya pada Saya...
tanyanya: "Apa keburukan wayang itu?"


Jom PI Tengok Wayang!!!

Aku:
Jom pergi tengok wayang ,aku dengar ceritanya best gila!!

Dia:
Cerita apa yg kau tengok?

Aku;
Biasalah ,orang muda ,cerita cinta ,seram ,komedi ,Hindustan ,semuanya aku tengok ! Tanyalah apa-apa semuanya aku tahu .he…he..best giler .Rasanya sampai tak nak balik !!
Kau pernah tengok wayang?

Tukang cerita :Bila tanya pasal hiburan semua tahu bila tanya pasal agama , langsung tak tahu !(geleng kepala)

Dia:
Aku…tak pernah.

Aku:
Ha!ha!..ha! …lawaklah kau ni ,ketinggalan zamanlah..Waktu muda nilah enjoy dulu ,bila tua nanti baru taubat…kesian aku tengok kau nie !…kuno betul….he…he…he…

Tukang cerita:Parah sungguh budak nie , dia tahu ke dia mati bila , entah-entah alam tua pun tak rasa , ee….entahlah budak zaman sekarang nie! (sekali lagi mengeleng kepala)

Dia :
Kau gelak ….kau tahu kenapa aku tak suka pergi tempat macam tu?

Aku:
Sebab kau tak tahu menghargai masa mudamu!
Sebab kau tu katak bawah tempurung! Tolak kemajuan , semua tak boleh buat ,apa yang boleh pun aku tak tahu ! ha!..ha!…ha!

Dia:
Bukan ….sebabnya aku takut dosa .

Aku:
Dosa apanya, lawaklah kamu nie! Tengok wayang je ,bukannya buat apa-apa !

Dia:
Tak berdosa ! hairan tempat maksiat kau kata tak berdosa.Hiburan yang tak mengasingkan tempat duduk lelaki dan perempuan , mereka bebas bergaul .Tengok cerita yang tak bagus, yang melalaikan sampai lupa waktu solat ,sampai lupa laksanakan kewajipan, kau kata tak berdosa.

Aku:
Aku tak buat macam tu ,aku pergi dengan kawan aku yang sama cas ,bukannya lain cas.Lecehlah kawan dengan ustaz nie!

Dia:
Sahabat ,memang kita tak buat tapi orang lain buat .Kau yang ada di situ kira bersubahat sebab kau tak menegahnya malah kau pergi seolah-olah mengalakkan lagi suasana tersebut .Kan Na bi SAW ada bersabda :
“Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran maka hendaklah ia menegahnya dengan tangannya (kuasa) .Jika tak mampu hendaklah di tegahnya dengan lidahnya ,kemudian jika tak mampu juga , hendaklah di tegah dengan hati .Itulah selemah-lemah iman”.

Aku:
Alah dosa kecil ajer ,bukannya aku buat dosa besar.

Dia:
Sahabat , jangan dipandang akan besar atau kecilnya dosa yang kita telah lakukan tapi lihatlah pada siapa kau melakukan dosa itu.

Aku:
Kalau kita tak pergi tengok wayang macam mana industri perfileman akan maju.

Dia:
Itu yang kau takutkan ,dan itukah yang kau risaukan.
Kau tak risaukah pasal dirimu ,usia kita yang semakin meningkat sedangkan amalan kita kurang .Lagi pun kau pasti kita berada lama di bumi Allah nie ,Kau pasti kita sempat menebus dosa kita sekiranya kita tak mula beramal pada hari ini !Kau pasti kita dapat bertaubat sebelum malaikat maut memanggil kita ke alam yang lebih kekal! Adakah kau pasti!

Aku :
Lecehlah kau ni ,kan aku kata kecil ajer perkara nie !

Tukang cerita:Degilnya budak ni ,kawan bagi nasihat tak nak dengar….ada je alasannya (mengelengkan lagi kepala untuk kali ketiga)

Dia:
Sahabat ,kan aku dah kata .Jangan di pandang besar atau kecilnya dosa itu tapi lihat pada siapa kau lakukan dosa itu. Dosa yang kau pandang kecil itu lama-lama akan mengundang dosa-dosa besar .Ingatlah syaitan itu ada di mana-mana .Kau lupa janjinya pada tuhan.Di mana ia meminta kepada Allah swt sesuatu yg mendatangkan apa jua keuntungan pada dirinya dan bala tenteranya ,dan hal ini ada di terangkan dalam Al-Quran.yang bermaksud ;
“Ya tuhanku oleh kerana engkau telah memutuskan bahawa aku sesat , pasti aku menghiaskan mereka (kejahatan yang ada) di bumi ,(sehingga mereka memandang baik) dan demi akan aku sesatkan mereka itu semuanya kecuali hamba-hambamu yang ikhlas di antara mereka. (surah Al-Hijr ayat 38-40)

Dan Allah juga ada berfirman yangbermaksud;

“bukankah aku telah memberi peringatan kepada semua wahai anak Adam agar jangan kamu menyembah syaitan ,iaitu kemahuan dan suruhannya ,sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang paling nyata .”
(surah yasin ayat 60)

Aku :
Sudahlah jangan nak berceramah depan aku .Aku punya sukalah kubur lain-lain.Jangan sibuk hal aku! Malas aku nak layan orang alim ni, itu tak boleh,ini tak boleh..! Leceh…

Watak Dia hanya melihat watak Aku ,yang terus berlalu dengan marah. Watak Dia juga mengeleng –gelengkan kepalanya sama dengan yang di lakukan oleh tukang cerita.

Tukang cerita :Bukan mudah nak nasihat orang nie sampai nak tercabut kepala rasanya sebab asyik menggeleng-gelengkan kepala melihat watak Aku yang susah nak dengar nasihat orang . Dan inilah ujian Allah pada kita untuk melihat seteguh mana iman kita ,setinggi mana ketakwaan kita.Memang susah nak jaga iman di hati sebab syaitan itu sentiasa mencari ruang untuk menyesatkan anak Adam ini.Kita pula seharusnya berwaspada dan tolong ingat ingatkan antara satu sama lain semoga kita tak termasuk di kalangan orang yang rugi.Insyaallah

‘Demi masa sesungguhnya manusia di dalam kerugian kecuali mereka yang berpesan-pesan dan mengingati kearah kebaikan’


Dari hamba Allah untuk ingatan kita bersama.
posted by Nay @ 8:04 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 

© 2006 berjalan,melihat dan mentafsir | Blogger Templates by Gecko & Fly.
No part of the content or the blog may be reproduced without permission.
Learn how to Make Money Online at GeckoandFly
First Aid and Health Information at Medical Health

 
 



 
 
About Me



Name: Nay
Home:
About Me: Sebatang pen dan kertas mampu membuat saya gembira. Kegemaran mengadap komputer. Meminati bicara pena yang bisu. Pena itu dapat menangkap merdu suara hati. maka saya suka menulis, menulis dan menulis.Syukran buat Sifu saya yang dihormati Encik RODIN. Syukran buat ayahanda tersayang YAACOB bin JUWAHER.Syukran juga buat bonda tercinta NOR AZIAN OMAR.
See my complete profile






Previous Post
Archives
Sahabat Nay
Affiliates